»

Bt KeLakaR CIkiT...ILaNG tenSiOn


KISAH MALAS

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJINbelaka tidak ada yang malas.Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencariseorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelakimengakuKatanya : "saya adalah yang paling malas"Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yangmenyuapkan saya".Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi daridia tuanku".Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolongkunyahkan".Maka raja pun terdiam.....Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambilberkata:"saya adalah yang paling malas tuanku".Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"....



PASAL MAKAN PULAK



Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ........ !Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:Pertama:Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.Kedua:Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannyaKetiga:Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.... .........Moralnya:Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu......




DEFINISI KAWAN

1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..2)kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..3)kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.10)lagi.....kawan tu mcm ape ye?Huh? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. Smiley



DAGING YG BLH BERENANG

Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.Doktor: "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang".Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi ke rumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.Mendengar itu, Doktor merasa tenang kerana menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang di mana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang? Salim berada di dalam air melatih kambing berenang!!!


DILARANG MEMOTONG

Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah."Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besartersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya, "Kenapa Bang?"Pak Pandir pun menjawab, "Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'."