»

semerbak iman masyitah....


Bercakap fasal iman,saban tahun kita mendengar peristiwa 'israk dan mikraj'khususnya tentang kehebatan iman Masyitah,tukang sisir rambut anak Firaun. Firaun menjadi sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya dan kehebatanpengaruhnya di kalangan rakyat Mesir.Dia mengaku sebagai tuhan yang agung danmemusuhi sesiapa saja yang bertuhankan selain dirinya.Malahan dia akan membunuhmereka yang tidak mengaku Firaun sebagai tuhan. Masyitah walaupun bekerja di istana Firaun,namun di dalam hati kecilnya tetapbertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan segalamakhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku dirinya sebagaiTuhan.Kepercayaan ini dirahsiakannya supaya tidak diketahui oleh Firaun dansekutunya. Pada suatu hari,sedang dia menyisir rambut anak Firaun,sikat di tangannyaterjatuh.Masyitah terlatah dan berkata "Mampus Firaun! " Apabila anak Firaunmendengar kata-kata penghinaan terhadap bapanya, dia berkata, "Kenapa kau berkata begitu terhadap bapaku? Adakah tuhan lain selain bapaku?" "Memang benar! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah." Mendengar kata-kata itu, anak Firaun menjadi marah. "Baik kamu bertaubat,kalau tidak aku akan beritahu bapaku." Masyitah bertegas dan mengatakan, "Pergilah kau beritahu bapa kau.Aku tetapdengan pendirianku bahawa tuhan yang sebenarnya ialah Allah." Sebaik saja Firaun diberitahu oleh anaknya tentang Masyitah, dia menjadi murkadan memanggil Masyitah.Dia bertanya sama ada benar apa yang dikatakan olehanaknya itu.Masyitah tetap mengatakan Tuhannya ialah Allah.Firaun mengugut untukmembunuh Masyitah dan keluarganya sekiranya dia tidak mengubah pendiriannya. Keesokannya keluarga Masyitah dibawa ke satu tempat lapang, berhadapan dengansebuah kawah besar yang berisi dengan minyak yang sangat panas.Firaun hendakmemasukkan ke semua keluarga Masyitah termasuk anaknya yang masih kecil ke dalamminyak panas sekiranya Masyitah tidak mengaku Firaun sebagai tuhan.KeimananMasyitah tidak luntur meskipun berhadapan dengan ancaman maut. Melihatkan iman Masyitah yang tidak berganjak,Firaun menyuruh askarnyamencampakkan keluarga Masyitah seorang demi seorang ke dalam kawah yang besaritu.Apabila sampai giliran anaknya yang kecil, perasaan Masyitah menjadi belasdan sebak.Hati siapa tidak sedih melihatkan anak yang disayangi akan dilontar kedalam kawah yang membuak-buak dengan minyak panas.Masyitah meminta supaya diadicampakkan dulu sebagai ganti kepada anaknya.Tiba-tiba dengan kuasaTuhan,anaknya yang kecil itu membuka mulut dan berkata, "Ibu,jangan bersedih.Teruskan! Biarkan saya dicampak ke dalam kawah itu." Masyitah dan orang-orang di sekeliling terperanjat melihat seorang bayi bolehberkata-kata. Mendengar kata-kata anaknya itu,Masyitah menjadi semakin yakin dan tabah.Diamenghulurkan anaknya untuk dicampakkan ke dalam kawah. Tanpa belas kesihan askarFiraun terus melontarkan anak Masyitah ke dalam minyak panas.Selepas itu barulahMasyitah dibawa ke tepi kawah yang panas itu lalu dicampakkan ke dalamnya. Demikianlah hebatnya Masyitah mempertahankan kebenaran aQidah sehingga dia dankeluarganya terkorban dibunuh oleh Firaun.Keberanian seorang wanitamemperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun olehseluruh manusia.Dalam peristiwa Israk Mikraj,Nabi saw sampai di satu tempat yangsangat harum.Malaikat Jibril menerangkan bahawa tempat itu ialah tempatbersemadinya Masyitah dan keluarganya. Awas! Mana-mana pemimpin yang bongkak dan mengaku kehebatannya sebagaipemimpin, takbur,sombong dan berlagak sebagai superman yang kuku besi,nyatalahciri-ciri Firaun yang terkutuk itu sudah diwarisinya. Nauzubillah!