»

cinta ilahi bukan lakaran puisi

“Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta.
“Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.
Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan.
Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan?
Cinta Ilahi?
Tiada lagi cinta lelaki?
Wanita gila harta?
Hanya Allah sahaja yang ’setia’?
Seperti yang pernah saya ungkapkan di dalam artikel
Anti Slogan, saya memang tidak suka mendengar orang bercakap benda yang dia sendiri tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.
Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?
Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata.
Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!
BERTAPA?
Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?
Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?

“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)



Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.
Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.
Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.
Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.
Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.
CINTA ILAHI ADA CARANYA
Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?
“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)
Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.
Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.
Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.
Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.
ABU SAIF

from:© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2008)

semerbak iman masyitah....


Bercakap fasal iman,saban tahun kita mendengar peristiwa 'israk dan mikraj'khususnya tentang kehebatan iman Masyitah,tukang sisir rambut anak Firaun. Firaun menjadi sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya dan kehebatanpengaruhnya di kalangan rakyat Mesir.Dia mengaku sebagai tuhan yang agung danmemusuhi sesiapa saja yang bertuhankan selain dirinya.Malahan dia akan membunuhmereka yang tidak mengaku Firaun sebagai tuhan. Masyitah walaupun bekerja di istana Firaun,namun di dalam hati kecilnya tetapbertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan segalamakhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku dirinya sebagaiTuhan.Kepercayaan ini dirahsiakannya supaya tidak diketahui oleh Firaun dansekutunya. Pada suatu hari,sedang dia menyisir rambut anak Firaun,sikat di tangannyaterjatuh.Masyitah terlatah dan berkata "Mampus Firaun! " Apabila anak Firaunmendengar kata-kata penghinaan terhadap bapanya, dia berkata, "Kenapa kau berkata begitu terhadap bapaku? Adakah tuhan lain selain bapaku?" "Memang benar! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah." Mendengar kata-kata itu, anak Firaun menjadi marah. "Baik kamu bertaubat,kalau tidak aku akan beritahu bapaku." Masyitah bertegas dan mengatakan, "Pergilah kau beritahu bapa kau.Aku tetapdengan pendirianku bahawa tuhan yang sebenarnya ialah Allah." Sebaik saja Firaun diberitahu oleh anaknya tentang Masyitah, dia menjadi murkadan memanggil Masyitah.Dia bertanya sama ada benar apa yang dikatakan olehanaknya itu.Masyitah tetap mengatakan Tuhannya ialah Allah.Firaun mengugut untukmembunuh Masyitah dan keluarganya sekiranya dia tidak mengubah pendiriannya. Keesokannya keluarga Masyitah dibawa ke satu tempat lapang, berhadapan dengansebuah kawah besar yang berisi dengan minyak yang sangat panas.Firaun hendakmemasukkan ke semua keluarga Masyitah termasuk anaknya yang masih kecil ke dalamminyak panas sekiranya Masyitah tidak mengaku Firaun sebagai tuhan.KeimananMasyitah tidak luntur meskipun berhadapan dengan ancaman maut. Melihatkan iman Masyitah yang tidak berganjak,Firaun menyuruh askarnyamencampakkan keluarga Masyitah seorang demi seorang ke dalam kawah yang besaritu.Apabila sampai giliran anaknya yang kecil, perasaan Masyitah menjadi belasdan sebak.Hati siapa tidak sedih melihatkan anak yang disayangi akan dilontar kedalam kawah yang membuak-buak dengan minyak panas.Masyitah meminta supaya diadicampakkan dulu sebagai ganti kepada anaknya.Tiba-tiba dengan kuasaTuhan,anaknya yang kecil itu membuka mulut dan berkata, "Ibu,jangan bersedih.Teruskan! Biarkan saya dicampak ke dalam kawah itu." Masyitah dan orang-orang di sekeliling terperanjat melihat seorang bayi bolehberkata-kata. Mendengar kata-kata anaknya itu,Masyitah menjadi semakin yakin dan tabah.Diamenghulurkan anaknya untuk dicampakkan ke dalam kawah. Tanpa belas kesihan askarFiraun terus melontarkan anak Masyitah ke dalam minyak panas.Selepas itu barulahMasyitah dibawa ke tepi kawah yang panas itu lalu dicampakkan ke dalamnya. Demikianlah hebatnya Masyitah mempertahankan kebenaran aQidah sehingga dia dankeluarganya terkorban dibunuh oleh Firaun.Keberanian seorang wanitamemperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun olehseluruh manusia.Dalam peristiwa Israk Mikraj,Nabi saw sampai di satu tempat yangsangat harum.Malaikat Jibril menerangkan bahawa tempat itu ialah tempatbersemadinya Masyitah dan keluarganya. Awas! Mana-mana pemimpin yang bongkak dan mengaku kehebatannya sebagaipemimpin, takbur,sombong dan berlagak sebagai superman yang kuku besi,nyatalahciri-ciri Firaun yang terkutuk itu sudah diwarisinya. Nauzubillah!

ciri2 wanita solehah







1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah

Bt KeLakaR CIkiT...ILaNG tenSiOn


KISAH MALAS

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJINbelaka tidak ada yang malas.Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencariseorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelakimengakuKatanya : "saya adalah yang paling malas"Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yangmenyuapkan saya".Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi daridia tuanku".Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolongkunyahkan".Maka raja pun terdiam.....Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambilberkata:"saya adalah yang paling malas tuanku".Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"....



PASAL MAKAN PULAK



Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ........ !Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:Pertama:Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.Kedua:Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannyaKetiga:Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.... .........Moralnya:Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu......




DEFINISI KAWAN

1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..2)kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..3)kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.10)lagi.....kawan tu mcm ape ye?Huh? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. Smiley



DAGING YG BLH BERENANG

Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.Doktor: "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang".Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi ke rumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.Mendengar itu, Doktor merasa tenang kerana menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang di mana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang? Salim berada di dalam air melatih kambing berenang!!!


DILARANG MEMOTONG

Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah."Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besartersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya, "Kenapa Bang?"Pak Pandir pun menjawab, "Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'."

syaitan

9 tYpE oF $ya!+aN

peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang
ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin
selama ini kita tidar sedar hasutan mereka.

Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat
yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga
ke akhir hayat ,Insya'Allah.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak
syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat
jimat cermat. Menggodasupaya manusia
berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang
tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah
supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak
mendekati rakyat. Seronok dengan
kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan
rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para
ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka
menghampiri orang yang berada di tempat-tempat
maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada
minuman
keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg
sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.
Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan
glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan
fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg
mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK
KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika
tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,
Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan
rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami
bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang
pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera
dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga
lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia
khususnya ketika berwuduk dan solat dan
menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang
menyembahapi/matahari.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++


Tapi skarang, muncul la plak cucu setan yg cuba
merosakkan umat manusia. mereka ni sedaya
upaya menyesatkan dan merosakkan tubuh bdn
manusia kerana manusia nie terlalu lemah
nafsunye.
nie la list baru setan2 yg kurang diajar....


10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi.
Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore,
Beijing &.....

Melalaikan manusia bershopping
sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg
lakinya dah tunggu kat kereta.

Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai
berlebih2an pulak.Membazir itulah sebenarnya
amalan Syaitan.

11. Hindusetan
Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai
masuk waktu
sembahyang,maseh menyonggol depan
tv.....kapala keluar tanduk, tak sedar.......jadi lah
hindusetan !!!

12. Santan
Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk
masak kari dan masak lemak.

Ha..tapi tak tau..banyak santan ni, naik arr
kolesterol pastu dpt
penyakit kronik seperti darah tinggi dan sakit
jantung..

wanitA


Apa rasamu?

Apa rasamu hai gadis
bila ada teruna
memuji wajahmu cantik nan ayu
melirik senyum cuba menjaring

Nafsumu kata "oh.. cantiknya aku."
Akalmu kata "hmm kena jual mahal."
Ilmumu kata "dia cuma memuji, tak lebih dari itu."
Imanmu kata "aku menjadi fitnahkah?"

Oh gadis
dirimu memang hiasan dunia
tapi cantikmu bukan pameran
ayumu bukan murahan

Yang tertutup kan lebih baik
terlindung suci dari godaan
.

SeInDaH mAwAr bErDuRI


teman2 muslimahku sayang...
kaulah mawar idaman,
tumbuhmu di taman larangan,
mekarmu dipagari dan dibajai ketaqwaan,
sesuci hatimu,seindah akhlakmu,
dicipta sebagai seorg wanita,
mewarisi kelembutan wanita solehah,
kembgmu tetap indah,
walau cume ditaman larangan,
menyinarkan nur keimanan,
nana mekar dihiasi mahmudah,
seindah mawar berduri....

PeNgUnaAN maSYAallAH...bacE Lah...Ini pENtinG




PENGUNAAN MASYAALLAH DLM PERCAKAPAN SEHARIAN


sebarkan kepada kawan/sahabat. kadang2 kita terpengaruh dengan movie, terutama citer p ramlee yang banyak menggunakan "MasyaAllah"dalam situasi yang silap. bayangkan jika anda forward kan kepada sahabat2 lain, pahala akan terus berganda macam juga buat selling-networking, cuma in this case, pahala yang berganda bukan duit which to someone money is the number one in his/her life. Saya dapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok , contoh ketika terlihat gambar2censored atau bila anak2 kita buat perangai nakal. Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG . Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi/kanak-2 yg comel, ketika menjamahmakanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya. Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi ygtidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah "Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) "A'uzubillah" (Aku berlindung kpd Allah) ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali).Tolong sebarkan kepada kawan-kawan. Yang baik dari Allah yang salah dari saya.
Wallahulam.

MuSLimAh

wahai muslimah yg disayangi lgi di cintai


MUSLIMAH,,indah sungguh kelopak bungamu,secantik bahasa dan gerak gerimu,sopan di tiup sang bayu,dan dahanmu tetp tunduk malu,muslimah,kelopakmu tetap terpelihara,dri kumbg yg membinasa,duri di dahanmu t'sedia mmpertahankan kecantikan dn kesucian jiwamu,

muslimah,,

kau sentiasa berdiri menerima cabaran yg dibri,tetp tidak pernah hilang harga diri,dirimu indah sukar utk didekati,walau dipujuk rayu oleh nafsu sendiri,melainkan syariat memberi,

muslimah,

si kumbg perkasa tidk akan terpautdgn mawar yang kehilangan perawan dan keagungan,krn dirimu tlh rosak binasakan,

muslimah,,

hilang hargamu wahai sekuntunm mawar merahan,namun yg ada kecantikan yg tiada kesempurnaan,hanya terus bertuhankan nafsu dn keseronokan,dirimu ditiggalkan patah kelayuan..wahai muslimah harapan agama dan bangsa,,,jgalh maruahmu,jan dicemari,jgalh cintamu jgn dinodai..krn dirimu sangat berharga...

TAQWA...

Bismillahirrahmanirrahim..Sebelum tidur, kita selalu muhasabah diri kan? Apa yg sy dah buat hari ni? Dah baca Quran ke belum? Dah baca MAKSUD Quran? Dah senyum sentiasa ke? Dah berhenti bermasam muka ke? Dah tolong org ke? Dah study? Dah gunakan masa betul2 ke? Dah bersabar dgn sabar yg sebaik2 nye ke? Dah berhenti merungut ke? Dah berhenti mengomel ke? Dah berhenti cakap yg tak bermanfaat ke? Dah itu ini itu ini ke???????
Lalu, andai dalam sesi muhasabah itu, anda terjumpa perkara jahat/ perkara tidak baik/ perkara DOSA yg anda lakukan hari itu..apa yg anda buat? *(sila fikir - - - cepat! )
.
.
.
Dah bertaubat kah?Dah minta maaf?Dah DENDA diri sendiri?????
Antara 5 jalan2 menuju ketaqwaan itu, salah satunya ialah MUAQABAH iaitu mendenda diri. Denda di sini bermaksud mendenda diri dgn sesuatu baik yg makin mendekatkan diri kepadaNya.Sungguh banyak ayat-ayat Al-Quran yg menerangkan tentang kelebihan orang yg bertaqwa..Dalam kita sibuk2 berbicara tentang taqwa, jelas-kah pengertian 'taqwa' pada anda? Apa itu taqwa?
Apa yg dimaksudkan dgn taqwa?
Bagaimana nak bertaqwa andai tidak tahu maksud taqwa itu sendiri??
(cuba define, in ur own words..apa itu taqwa??)
Lagi satu soalan, Apakah ayat pertama dalam Al-Quran yg tertulis perkataan taqwa?
--> ayat berapa?? (ding ding..fikir fikir...)
.
.
.
Jawapannya: Ayat ke-2 surah Al-Baqarah..selepas Alif Lam Mim,
"Kitab Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bg mereka yg bertaqwa, iaitu mereka yg beriman kpd ghaib, melaksanakan solat..."
Kalau tengok definisi taqwa dalam Quran (Ayat2 font 9 kat bawah page tu
Taqwa iaitu mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya."
Umar al-Khattab bertanya Ubai b Kaab makna taqwa.
Ubai menjawab, "Pernahkah kamu melalui jalan yg berduri?"
Jawab Umar, "Sudah tentu."
Kata Ubai, "Apa yg kamu lakukan?"
Jwab Umar, "Saya menyingsing pakaian dan berjalan penuh berhati2 agar tidak terkena duri2." Kata Ubai, " Itulah Taqwa."
TAQWA itu ibarat org yg berjalan di jln yg Berduri. Bagaimana dia berjalan? Pastilah dengan penuh berhati2. Duri itu dianggap ibarat dosa kecil dan luka itu ibarat perkara yg makruh. Sudah tentu luka itu pedih apabila terkena air.
Pointnya kat sini, dalam ketaqwaan, ada keberhati-hatian. org yg bertaqwa betul2 akan menjaga dirinya agar jgn sampai melanggar ketentuan Allah dan seboleh mungkin melaksanakan apa2 yg diperintahkan.
Ringkasan 5M - Jalan Menuju Ketaqwaan.

1. Muahadah,Hendaklah kita mengingati perjanjian kita dengan Allah iaitu dengan menjadikan Allah sebagai Rabb. Al-fatihah, Doa Iftitah.

2.MuraqabahMerasakan keagungan Allah swt setiap waktu dan keadaan serta merasakan kehadiranNya di kala bersendirian ataupun dikhalayak ramai. IHSAN

3. MuhasabahMenghisab diri ketika selesai melakukan amal perbuatan.Apakah tujuan amal hanya untuk mendapatkan redhaNya @ apakah amalnya dicemari sifat riya’?

4.Mu’aqabahMemberi hukuman pada diri, agar tidak mudah untuk melanggar kesalahan-kesalahan lain yang boleh mengakibatkan kesalahan itu sukar untuk ditinggalkan. Contoh: Berpuasa andai buat salah A. baca Quran 10 pages sehari kalau buat salah B.

5.MujahadahMemaksa diri dengan tegas, serius dan penuh semangat dan FAHAM untuk tetap mentaati suruhan Allah di kala terseret dengan kemalasan dan cinta dunia
Dari Abu Hurairah r.a berkata:Rasulullah SAW bersabda, "Di antara ciri sempurnanya keislaman seseorang adalah meinggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat baginya".-Hadis hasan diriwayatkan oleh Tirmidzi dan lainnya